Sunday 1 July 2012

MAKLUMAT HOMESTAY UMI KUANTAN

KONSEP HOMESTAY UMI KUANTAN
 
HOMESTAY UMI KUANTAN ADALAH SEBUAH HOMESTAY YANG BERKONSEPKAN 'MESRA KELUARGA' DI MANA IANYA DIUSAHAKAN OLEH KELUARGA UNTUK KELUARGA. HOMESTAY UMI KUANTAN MEMPERKENALKAN KONSEP 'MENGINAP SAMBIL MENDERMA' DI MANA 10% DARIPADA SETIAP RINGGIT SEWAAN AKAN DISUMBANGKAN KEPADA RUMAH ANAK-ANAK YATIM DAN PERTUBUHAN KEBAJIKAN DI SEKITAR PAHANG DAN TERENGGANU. HOMESTAY UMI MENYEDIAKAN KEMUDAHAN PENGINAPAN DI SAMPING ITU MEMBERI PELUANG UNTUK MEMBUAT KEBAJIKAN KEPADA YANG MEMERLUKAN.  MARI KITA SAMA-SAMA JAYAKAN USAHA MURNI INI.


 LOKASI HOMESTAY UMI KUANTAN

SELAMAT BERTANDANG KE HOMESTAY KAMI :

Alamat Homestay kami ialah di:

NO. 9, LORONG IM 2/13,
BANDAR INDERA MAHKOTA,
25200 KUANTAN

No. Tel. 011-3999 0332 (Noriah) /019-934 9961 (Alwi)
 

 

                          KEDUDUKAN INDERA MAHKOTA





                         KEDUDUKAN HOMESTAY UMI KUANTAN



Gambar depan rumah


                                        Ruang Tamu Homestay Umi




                                           Ruang Makan dan Dapur



                                         Bilik Utama


                                                   Bilik Kedua



                                               Bilik Ketiga



KEMUDAHAN DAN KELENGKAPAN YANG DISEDIAKAN:- 

Rumah Teres Setingkat dilengkapi dengan:

  • 3 bilik tidur dan 3 bilik air 
  • 2 katil queen size dan 3 katil bujang
  • Bilik tidur utama berhawa dingin
  • Bilik-bilik lain dilengkapi kipas
  • Ruang dalaman dan ruang dapur yang luas dan selesa
  • Disediakan air mineral, peti ais dan pemanas air
  • Peralatan dapur asas seperti pinggan, cawan dan sudu
  • Tuala, sabun dan syampu  
  • Televisyen
  • Seterika dan ironboard
  • Sejadah, Al Quran dan Majalah Islam untuk bacaan
  • Parking kereta berbumbung untuk dua buah kereta


KEISTIMEWAAN HOMESTAY UMI KUANTAN:- 
  • Berjalan kaki ke Gerai Makan Majlis Perbandaran Kuantan
  • Berjalan kaki ke Surau Indera Mahkota 2
  • Berjalan kaki ke Padang Bola Indera Mahkota 2
  • Berjalan kaki ke deretan kedai runcit
  • 5 minit ke bandar Kuantan/Hospital HTAA/Terminal bas
  • 15 minit ke Teluk Chempedak
  • 35 minit ke Gambang Water Park 
  • 5 minit ke Kolej Shahputra, UIAM dan Kolej Komuniti Kuantan.
  • 10 minit ke IKIP Indera Mahkota dan POLISAS
  • 15 minit ke MRSM Kuantan, KIPSAS dan SEMSAS
  • 35 minit ke UMP, ILP dan Kolej Matrikulasi Pahang


KADAR BAYARAN: 
  • Satu malam: RM150 semalam
  • 10% daripadanya di sumbang kepada Anak Yatim dan Pertubuhan Kebajikan 


TERMA DAN SYARAT:
  1. Am
    1. Penyewaan adalah untuk sebuah rumah.
    2. Bayaran dibuat secara tunai pada masa check-in atau ATM Transfer.
    3. Menghormati kawasan kejiranan, berkelakuan sopan dan tidak membuat bising sehingga mengganggu jiran-jiran.
    4. Menggunakan perabot dan peralatan yang disediakan dengan baik.
    5. Tutup suiz lampu, kipas dan air-cond apabila tidak digunakan atau apabila keluar rumah.
    6. Muslim Sahaja.
  2. Mematuhi Hukum Syarak -
    1. Tidak dibenarkan percampuran lelaki dan perempuan yang tiada hubungan keluarga atau mahram untuk menyewa.
    2. Jika berkumpulan mestilah sama gender samada lelaki sahaja atau perempuan sahaja.
    3. Makanan dan minuman yang halal sahaja. Tidak dibenarkan alkohol, dadah dan sebagainya.
    4. Syarat i, ii, dan iii di atas adalah wajib dipatuhi untuk menyewa dan Pemilik Rumah berhak untuk membatalkan penyewaan serta-merta jika didapati ada perlanggaran.
  3. Tempahan
    1. Tempahan boleh dibuat dengan menghubungi nombor telefon yang tertera atau secara online.
    2. Sebarang pembatalan tempahan mestilah dimaklumkan seminggu lebih awal untuk pemulangan deposit.
  4. Check-in / Check-out
    1. Check-in 3:00pm dan Check-out 1:00pm
    2. Jika tiada tetamu lain, boleh minta untuk check-in awal atau check-out lewat pada kadar masa yang wajar.

PERTANYAAN DAN TEMPAHAN

Pertanyaan atau tempahan boleh dibuat melalui Puan Noriah di 011 39990332 atau Encik Alwi di 019 9349961 atau emailkan kepada alwinaqib@gmail.com